HATI KERAS


Air tangan ibu.

Sekeras-keras hati manusia , air tangan ibu pasti dapat lembutkan hati keras seseorang.

Dan , orang yang kita sangka hatinya keras , belum tentu betul sangkaan kita kerana ia hanyalah SANGKAAN.

Kenal hati , kenal budi. Jangan dinilai buruk perangai seseorang. Nilailah dia dari sudut hati kecilnya.

P/s : saya kenal seseorang yang sangat sukar meluahkan sayang dari percakapannya. Boleh dikira hati batu juga kalau belum kenal siapa dia. Tapi bila ditanya makanan apa kegemaran dia , yang sangat sukar nak dipenuhi kemahuannya. Jawapannya satu sahaja. Masakan ibu kandungnya.

*alfatihah buat arwah ibunda almarhumah Che Yah bt Abdul Rahman.

Comments

Popular Posts